awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada awal dagangan

Bernama
Bernama
01/09/2021
02:22 MYT
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9.04 pagi ini, unit tempatan itu meningkat kepada 4.1460/1490 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu ketika pelabur bertindak mengetepikan sebahagian risiko selepas ekonomi AS memaparkan tanda-tanda penyusutan bagi jangka masa terdekat ini, kata peniaga.
Pada 9.04 pagi ini, unit tempatan itu meningkat kepada 4.1460/1490 berbanding dolar AS daripada paras 4.1530/1575 sewaktu urus niaga ditutup pada Isnin.
Pasaran ditutup pada Selasa bersempena cuti umum Hari Kebangsaan.
Penganalisis Kanan Pasaran OANDA Edward Moya berkata impak varian Delta COVID-19 terhadap ekonomi AS berkemungkinan besar lebih ketara berbanding jangkaan awal dan boleh memberi kesan terhadap perbelanjaan bagi tempoh suku ketiga.
"Keyakinan pengguna AS menyaksikan penyusutan ketara berbanding jangkaan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dan ini hanya meningkatkan lagi kebimbangan bahawa perbelanjaan pengguna telah mencecah paras kemuncak.
"Pihak Lembaga Persidangan negara itu berkata perbelanjaan bagi tujuan perumahan, kelengkapan auto dan utama telah reda. Namun terdapat sentimen optimis bagi segmen industri pengembaraan dan hospitaliti ketika pengguna terus membuat perancangan cuti bagi tempoh enam bulan akan datang," katanya.
Dalam pada itu, sewaktu urus niaga dibuka pagi ini, ringgit juga mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0812/0836 daripada 3.0848/0886 pada akhir urus niaga Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7626/7653 daripada 3.7813/7854 sebelum ini.
Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6949/6991 daripada 5.7116/7178 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8931/8966 daripada 4.9001/9054, sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan