KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran untuk menantikan petunjuk baharu bagi menggerakkan pasaran.
Pada 9.07 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.4340/4385 berbanding dolar AS daripada 4.4315/4350 sewaktu ditutup pada Selasa.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, selepas terkesan dengan hasil global lebih tinggi dan risiko jualan besar-besaran di seluruh Asia semalam akibat langkah mengejut Bank of Japan (BoJ) memperketat kedudukan kewangannya, justeru, berdasarkan pergerakan meluas dolar AS terutamanya kepada yen Jepun, ringgit dijangka pulih berikutan sentimen risiko global dilihat semakin meningkat ke atas hasil global.
"Unit tempatan dijangka diniagakan di antara paras 4.42 dengan 4.43 hari ini," katanya Bernama.
Dalam satu keputusan yang mengejutkan, BoJ berkata ia akan menaikkan julat sasaran pulangan hasil yang memberi ruang pulangan bon 10 tahun kerajaan bergerak naik turun dalam jajaran 50 mata asas (bps) sekitar sasaran sifar peratus -- lebih tinggi daripada jajaran 25 mata asas sebelum ini.
Di dalam negara, data inflasi terkini akan turut dikeluarkan pada minggu ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2801/2841 daripada 3.2816/2847 sewaktu ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.7080/7128 daripada 4.7133/7171.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3642/3679 daripada 3.3531/3565 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4002/4056 daripada 5.3834/3876 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Pada 9.07 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.4340/4385 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.