awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit tinggi sedikit semasa urus niaga dibuka

Bernama
Bernama
16/08/2019
02:32 MYT
Ringgit tinggi sedikit semasa urus niaga dibuka
Menurut peniaga, prospek pertumbuhan global yang suram dan harga minyak yang diunjurkan tidak menentu terus memberi kesan terhadap ringgit. - Gambar hiasan
Ringgit dibuka sedikit lebih tinggi berbanding dolar US pada pagi Jumaat berikutan disokong belian sederhana, di tengah-tengah sentimen pasaran berhati-hati, kata seorang peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1900/1940 berbanding dolar US daripada 4.1920/950 semasa ditutup pada Khamis.
Menurut peniaga, pelabur sedang menunggu pengeluaran prestasi ekonomi bagi suku kedua dan separuh pertama oleh Bank Negara Malaysia tengah hari ini.
"Tumpuan tidak diberikan kepada ringgit ketika ini berikutan keadaan turun naik yuan China telah kian berkurangan. Tetapi prospek pertumbuhan global yang suram dan harga minyak yang diunjurkan tidak menentu terus memberi kesan terhadap ringgit, "katanya.
Mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Berbanding yen, ringgit meningkat kepada 3.9480/9529 daripada 3.9570/9609 sementara berbanding dolar Singapura naik kepada 3.0161/0205 daripada 3.0173/0199.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.0645/0705 daripada 5.0706/0760 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6522/6574 daripada 4.6737 / 6787.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Britain
#China
#ekonomi
#harga minyak
#peniaga
#ringgit
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan