awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit turun disebabkan kelonggaran dasar monetari AS - Pakar Ekonomi

Bernama
Bernama
30/10/2015
12:17 MYT
Ringgit turun disebabkan kelonggaran dasar monetari AS - Pakar Ekonomi
Menurut pakar, penurunan nilai ringgit Malaysia adalah disebabkan oleh kelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat dan proses pemulihan ekonominy. - Gambar fail
Penurunan nilai ringgit Malaysia adalah disebabkan oleh kelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat dan proses pemulihan ekonominya, kata Pakar Ekonomi Utama Kumpulan Penyelidikan Pembangunan Bank Dunia, Norman Loayza.
"Pada pandangan saya, ia bukan isu khusus negara, penurunan adalah disebabkan oleh ekonomi AS yang sedang pulih," katanya pada Persidangan Ulang Tahun Ke-25 Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), di sini, hari ini.
Beliau berkata penting bagi mana-mana ekonomi matang untuk melihat kepada produktiviti yang termasuk inovasi, pendidikan, kecekapan, prasarana dan kewangan, sebagai kunci kepada pertumbuhan.
"Persediaan semasa tempoh ekonomi baik menerusi dasar kewangan dan makroekonomi yang berhemat, insurans dan perlindungan sosial bersasar dan sektor swasta fleksibel merupakan antara isu-isu penting yang perlu ditumpukan dalam menguruskan risiko dan krisis," katanya.
Loayza berkata kualiti prasarana dan paras pendapatan di Asia Timur adalah sangat memberangsangkan, dan rantau-rantau membangun lain mahu mencontohi pembangunan ekonominya.
Topic Berkaitan
#labuan ibfc
#nilai ringgit
#norman loayza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan