KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.7 billion pada 31 Mei 2023.

Menurut satu kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain AS$2.7 bilion).

-- BERNAMA