awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion

Bernama
Bernama
23/09/2024
11:45 MYT
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail/BNM
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab adalah rizab mata wang asing yang berjumlah AS$105.4 bilion, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 billion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM653.59 bilion merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM554.00 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.57 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM56.12 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti berjumlah RM653.59 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM210.54 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM151.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM8.65 bilion), deposit lain (RM66.98 bilion), kertas Bank Negara (RM15.69 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM3.43 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab luar negara
#BNM
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan