awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM US$101.9 bilion pada akhir November

Bernama
Bernama
07/12/2017
13:56 MYT
Rizab antarabangsa BNM US$101.9 bilion pada akhir November
BNM berkata kedudukan rizab antarabangsa mencukupi untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek. - REUTERS/Fail
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 Nov, 2017 berbanding US$101.5 bilion (RM429 bilion) yang direkodkan pada 15 Nov, 2017.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan itu mencukupi untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (US$95.4 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).
Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM430.385 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.09 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM7.878 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.666 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset-aset lain (RM8.788 bilion). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#rizab antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan