KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.9 bilion pada 14 April 2023, menurut BNM.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

-- BERNAMA