KUALA LUMPUR: Barisan pengurus dana luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghasilkan pulangan yang baik tahun lepas dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi, kira-kira 22 peratus daripada keseluruhan pendapatan dana itu walaupun menghadapi pasaran yang tidak menentu dan mencabar.
Menurut kenyataan pada Ahad, KWSP memaklumkan sehingga 31 Dis, 2023, sebanyak RM189 bilion telah disalurkan kepada pengurus dana luaran untuk dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap, yang mewakili 17 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata jumlah dana yang diurus oleh pengurus ekuiti dan pendapatan tetap luaran telah meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM189 bilion berbanding lima tahun lepas.
"Selain daripada memaksimumkan pulangan risiko terlaras peringkat portfolionya, KWSP juga berusaha untuk memperkasa semua syarikat penerima pelaburan dan pengurus dana luaran untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.
"Dedikasi mereka untuk menghasilkan nilai yang berkekalan telah menyumbang kepada kejayaan KWSP dalam memberikan pulangan yang mampan di samping melindungi kesejahteraan persaraan ahli," katanya dalam kenyataan yang sama.
KWSP juga mengumumkan 11 pemenang di Anugerah Pengurus Dana Luaran KWSP 2023 sebagai pengiktirafan prestasi cemerlang barisan pengurus dana luarannya mengikut mandat masing-masing yang dinilai berdasarkan beberapa set metrik kuantitatif.
11 pemenang itu ialah AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Syariah) 2023); Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Konvensional) 2023); BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd (Pengurus Dana Bon Global Terbaik 2023) dan Principal Asset Management Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi MSCI Pasaran Pesat Membangun Amerika Latin 2023).
Robeco Institutional Asset Management menjulang anugerah Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi Faktor Pelaburan 2023; Abrdn Malaysia Sdn Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi MSCI Etika Asia (tidak termasuk Jepun, tidak termasuk Malaysia) 2023) dan AHAM Capital Asset Management (Pengurus Dana Ekuiti Domestik KWSP Terbaik 2023).
Sementara itu, Pengurus Dana Ekuiti Global KWSP Terbaik 2023 dan Pengurus Dana Luaran KWSP Terbaik 2023 diraih oleh Amundi.
Amundi Aalam Sdn Bhd dan Amundi Malaysia Sdn Bhd masing-masing memperoleh anugerah Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi FTSE Syariah Dunia Maju 2023 dan Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi FTSE Beretika Dunia Maju 2023.
KWSP menjelaskan bagi tahun kewangan berakhir 2023, pihaknya telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.50 peratus dengan agihan RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional; dan 5.40 peratus dengan agihan RM7.48 bilion untuk Simpanan Shariah.
Secara kumulatif, jumlah agihan untuk 2023 ialah RM57.81 bilion.
Ahmad Badri berkata pencapaian itu turut disumbang oleh pempelbagaian yang dilaksanakan pengurus dana dalam kelas aset, pasaran dan mata wang berbeza yang membantu KWSP untuk kekal berdaya tahan terhadap turun naik pasaran serta melindungi pulangan pelaburannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
![RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
KWSP memaklumkan sehingga 31 Dis, 2023, sebanyak RM189 bilion telah disalurkan kepada pengurus dana luaran untuk dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap.
![Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718614946_NgaKorMing.jpg)
Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan
Program Sentuhan Maya atau pasukan "duta online" yang diperkenalkan dalam kalangan penjawat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak melibatkan sebarang kos tambahan.
![Warga emas rugi RM2.27 juta terperdaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp Warga emas rugi RM2.27 juta terperdaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718614275_scam.jpg)
Warga emas rugi RM2.27 juta terperdaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp
Lelaki berusia 75 tahun itu mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Disember tahun lepas.
![Lapan maut dalam trak sejuk beku di China Lapan maut dalam trak sejuk beku di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718614276_mayat.jpg)
Lapan maut dalam trak sejuk beku di China
Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di wilayah Henan, China.
![4 maut kenderaan bawa mayat naib presiden Malawi rempuh orang ramai 4 maut kenderaan bawa mayat naib presiden Malawi rempuh orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718612712_Chilima.jpg)
4 maut kenderaan bawa mayat naib presiden Malawi rempuh orang ramai
Seramai empat orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh ketika menyertai perarakan pengebumian bekas naib presiden Malawi, Saulos Chilima di daerah Ntcheu, pada Ahad.
![Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718610585_Lembuterlepas.jpg)
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.
![Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan Pengguna Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan Pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610042_Telurohtelur.jpg)
Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan Pengguna
Orang ramai diminta melaporkan kepada KPDN jika harga telur ayam di pasaran didapati masih tidak berubah.
![Faisal perlu dapatkan sokongan psikologi, perubatan untuk pulih - Pakar Faisal perlu dapatkan sokongan psikologi, perubatan untuk pulih - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718609073_TBFAISAL.jpg)
Faisal perlu dapatkan sokongan psikologi, perubatan untuk pulih - Pakar
Pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memerlukan masa untuk kembali beraksi, dan beliau perlu mendapatkan bantuan psikologi.
![Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610201_IndiaTrainCollisio.jpg)
Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India
Sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan.
![Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718609988_tbASTROAWANIOFFICE.jpg)
Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut
Menurut Reuters Institute Digital News Report dan Oxford University, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan skor 64 peratus.
![Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610055_tbsolatsunatAidila.jpg)
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
![RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP
Barisan pengurus dana luaran KWSP menghasilkan pulangan yang baik tahun lepas dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi.