RM3.9 juta peningkatan hasil jualan bukti keberkesanan program bimbingan INSKEN di Sabah

Program ini berjaya merekodkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM3.9 juta, selain mewujudkan 128 peluang pekerjaan baharu melalui penyertaan usahawan IBBC - Foto INSKEN
KOTA KINABALU: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) terus memperkukuh pembangunan usahawan di Sabah melalui pelaksanaan empat Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan satu Program INSKEN Mini Coaching (Pembangunan Produk) sepanjang tahun 2025.
Ringkasan AI
- Program INSKEN di Sabah, termasuk IBBC dan Mini Coaching, berjaya meningkatkan hasil jualan sebanyak RM3.9 juta dan mencipta 128 peluang pekerjaan baru.
- Pendekatan bimbingan berteraskan 'coaching' oleh INSKEN terbukti berkesan dalam meningkatkan daya saing usahawan serta hasil jualan perniagaan secara berterusan.
- Melalui program bimbingan, usahawan tradisional diberi peluang meneroka model perniagaan sosial yang memberi manfaat kepada komuniti, sambil memastikan kelangsungan perniagaan dari generasi ke generasi.
“KUSKOP komited memperkukuh ekosistem keusahawanan negara agar lebih ramai usahawan dapat berkembang daripada skala mikro kepada kecil dan sederhana,” katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan program berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Viviantie Sarjuni dalam kenyataan sama berkata, selain peningkatan jualan, program bimbingan turut membuka ruang kepada usahawan tradisional untuk meneroka model perniagaan sosial yang memberi manfaat bukan sahaja kepada keuntungan, tetapi juga kepada komuniti.
Melalui penganjuran Seminar Usahawan MADANI: Perniagaan Keluarga, INSKEN turut membantu usahawan memastikan kelangsungan dan kesinambungan perniagaan generasi ke generasi.
Dalam masa sama INSKEN memaklumkan pihaknya turut menjalinkan kerjasama bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah dalam menjayakan inisiatif bimbingan tersebut.
Bagi Program INSKEN Mini Coaching (Pembangunan Produk), sebanyak 95 peratus peserta berjaya menambah baik produk atau perkhidmatan melalui elemen penjenamaan, pembungkusan, penentuan harga dan standard kualiti.
Di Sabah sahaja, program bimbingan INSKEN berjaya menjana pulangan RM6.10 bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan, menunjukkan keberkesanan intervensi yang dilaksanakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


