awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM5.2 bilion untuk Sabah: 'Bajet Keluarga Tiri' - Ahli Parlimen Kota Belud

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/11/2021
09:55 MYT
RM5.2 bilion untuk Sabah: 'Bajet Keluarga Tiri' - Ahli Parlimen Kota Belud
Pada 2020 sahaja, Sabah menyumbang 10.2 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional, jelas Isnaraissah Munirah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat lalu disifatkan sebagai 'Bajet Keluarga Tiri' buat Negeri Sabah selepas hanya memperuntukan sebanyak RM5.2 bilion sahaja.
Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) ketika membahaskan Bajet 2022 berkata, peruntukan tersebut kecil jika dibandingkan dengan nilai ratusan bilion yang dikaut dari Negeri Bawah Bayu itu.
Pada 2020 sahaja, Sabah menyumbang 10.2 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional, jelasnya.
"Jadi menurut kiraan saya, Sabah seharusnya menerima 2/5 daripada hasil Sabah ke Persekutuan. Maknanya, Sabah sepatutnya diperuntukan sejumlah RM54 bilion pada tahun 2021, iaitu tahun berikutnya.
"Peruntukan yang tersangat kecil ini tidak sepadan dengan apa yang Sabah sumbangkan dan menidakkan pembangunan terutamanya dalam bentuk infrastruktur.
"Keadaan ini memperlihatkan dua bahagian negara Malaysia yang maju dan yang mundur, sehingga terma di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, kadang kala ada ketersasulan," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pembentangan Bajet 2022 Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kenaikan peruntukan kepada RM5.2 bilion untuk pembangunan kemudahan asas, infrastruktur, air dan elektrik, selain kemudahan pendidikan serta kesihatan di Sabah pada tahun depan.
Selain peruntukan RM5.2 bilion itu, Sabah turut diberi peruntukan untuk menaik taraf 112 sekolah daif di bawah peruntukan untuk sekolah daif seluruh negara yang berjumlah RM746 juta.
Sabah dan Sarawak turut diberikan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar pada tahun depan.
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#Peruntukan Sabah
#Keluarga Malaysia
#Bajet Keluarga Tiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan