awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Dana bantuan perumahan RM2.25b, 500 ribu rumah mampu milik untuk golongan bersasar - PM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/09/2021
05:38 MYT
RMK-12: Dana bantuan perumahan RM2.25b, 500 ribu rumah mampu milik untuk golongan bersasar - PM
Kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO) akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 ribu lagi unit rumah mampu milik bakal dibina menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.
Di samping itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO) akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran.
Bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin, beliau berkata, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion dalam tempoh pelaksanaan RMK-12 (2021-2025)
“Peruntukan ini adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75 ribu unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.
“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO),” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Sementara itu, bagi memperkukuh kesepaduan Keluarga Malaysia, Ismail Sabri berkata, program perpaduan dan sukan secara inklusif serta komprehensif akan dipergiat.
Beliau berkata, perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa selain integrasi nasional silang budaya serta merentasi ideologi politik, adalah tunjang kekuatan sebagai sebuah Keluarga Malaysia. BACA SEMUA BERHUBUNG RANCANGAN MALAYSIA KE=12 DI SINI
Kerajaan peruntuk RM2.25 bilion bantuan perumahan rakyat miskin
“Apalah maknanya kesejahteraan, sekiranya kita tidak bersatu hati. Sejarah telah mengajar kita betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan, dalam membina negara bangsa.
“Marilah kita menggerakkan seluruh kekuatan, untuk terus menyebarkan semangat patriotisme dan kesukarelawanan dengan memanfaatkan platform digital dan media yang lain,” katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, pemahaman serta penghayatan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, perlu terus diterap dan diperkasakan dalam kalangan generasi belia negara.
Topic Berkaitan
#Rancangan Malaysia Ke-12
#ismail sabri yaakob
#rumah mampu milik
#dana bantuan perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan