awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13: Penyelesaian berasaskan keperluan sebenar capai keadilan sosial, kesaksamaan peluang - PM Anwar

Bernama
Bernama
31/07/2025
07:54 MYT
RMK13: Penyelesaian berasaskan keperluan sebenar capai keadilan sosial, kesaksamaan peluang - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan ingin beranjak daripada konsep penyelesaian berasaskan kaum kepada penyelesaian berasas keperluan sebenar bagi mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan peluang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Pendekatan berasaskan keperluan ganti pendekatan kaum: RMK13 menekankan keadilan sosial melalui inisiatif ekonomi, pendidikan dan infrastruktur untuk semua kaum, termasuk semakan semula Akta Orang Asli 1954 bagi memperkukuh hak dan darjat komuniti tersebut.
  • Pemerkasaan Bumiputera melalui PuTERA35: Fokus kepada strategi 3P (penyertaan, pemilikan, penguasaan), sokongan GLC dan sasaran melahirkan 10 jaguh Bumiputera bernilai RM500 juta dalam rantaian bekalan.
  • Pembangunan inklusif untuk semua komuniti: Pelan Induk Kampung Baru untuk masyarakat Cina, inisiatif STEM dan TVET untuk masyarakat India, serta penambahbaikan infrastruktur awam demi kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.

Ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini, beliau mengumumkan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi, pendidikan dan infrastruktur untuk semua kaum supaya segenap lapisan rakyat dapat merasai hasil mahsul kemajuan negara.
Bagi menambah baik perlindungan hak dan darjat komuniti Orang Asli, beliau berkata Akta Orang Asli 1954 Akta 134] akan disemak semula terutamanya berkaitan perihal pemilikan tanah, pendidikan dan infrastruktur bagi meningkatkan sosioekonomi komuniti itu.
"Semakan dasar akan dibuat bagi membolehkan Orang Asli mendapat manfaat yang setara dan saksama dengan semua," katanya.
Beliau berkata akses pendidikan kepada Orang Asli turut menjadi keutamaan kerajaan termasuk pemberian terus bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid dan memperluaskan sekolah berasaskan komuniti.
Bagi Bumiputera pula, Anwar berkata Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) akan memberi tumpuan kepada strategi 3P, iaitu penyertaan yang meluas, pemilikan yang bermakna dan penguasaan dalam sektor strategik.
Beliau berkata tumpuan juga akan terus diberikan dalam mempersiapkan syarikat Bumiputera untuk disenarai di Bursa Malaysia, antaranya melalui perlumbaan relay yang bertujuan mengupaya dan meramaikan usahawan Bumiputera seawal peringkat syarikat mula niaga hinggalah muncul sebagai syarikat tersenarai.
"Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan memudah cara sokongan institusi kepada usahawan Bumiputera dengan sasaran melahirkan 10 jaguh Bumiputera dalam rantaian bekalan dengan hasrat untuk memajukan setiap syarikat tersebut sehingga bernilai lebih RM500 juta," katanya.
Menteri Kewangan itu berkata pembangunan sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak juga akan diperkukuh, antaranya dengan memperluas peluang perniagaan melalui penyediaan premis komersial dan akses kepada bantuan pembiayaan serta program latihan dan bimbingan keusahawanan.
Masyarakat Cina turut diberi perhatian menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru yang akan menyediakan dana pembiayaan untuk kegiatan keusahawanan, termasuk menyedia dan menambah baik tapak penjaja.
Bagi masyarakat India pula, Anwar berkata tumpuan diberikan kepada inisiatif meningkatkan peluang kerjaya melalui pendidikan dan pembangunan bakat termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Inisiatif baik pulih rumah serta pemantapan tatakelola pengurusan masyarakat India akan turut dilaksanakan," katanya.
Anwar berkata infrastruktur dan kemudahan awam juga akan ditambah baik untuk meningkatkan akses jaringan sosial dan peningkatan kualiti hidup masyarakat Cina dan India termasuk wanita, belia dan warga berusia.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#RMK13
#Anwar Ibrahim
#keadilan sosial
#kesaksamaan peluang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan