Skip to main content

Bisnes

Ryt Bank bawa Apple Pay ke Ryt Card, permudah proses pembayaran

Dalam satu kenyataan, bank itu memaklumkan dengan pelancaran tersebut, Ryt Bank menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua Apple Pay dan Google Pay.
Dalam satu kenyataan, bank itu memaklumkan dengan pelancaran tersebut, Ryt Bank menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua Apple Pay dan Google Pay.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ryt Bank hari ini mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh menambahkan Ryt Card mereka ke Apple Wallet dan menggunakan Apple Pay sebagai kaedah pembayaran yang pantas, selamat dan mudah di kedai, dalam talian serta aplikasi.

Dalam satu kenyataan, bank itu memaklumkan dengan pelancaran tersebut, Ryt Bank menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua Apple Pay dan Google Pay.

"Pelancaran itu susulan pengenalan sokongan Google Pay oleh Ryt Bank pada Januari tahun ini, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran menggunakan Ryt Card menerusi peranti Apple dan Android.

"Menerusi Apple Pay, pelanggan boleh membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan peranti Apple mereka di mana-mana lokasi yang menerima Apple Pay," jelas kenyataan itu.

Setiap pembelian menggunakan Apple Pay disahkan menerusi Face ID, Touch ID atau kod laluan peranti, manakala nombor akaun peranti yang unik dan kod keselamatan khusus bagi setiap transaksi membantu melindungi maklumat pembayaran.

Untuk menambahkan Ryt Card ke Apple Wallet, pelanggan hanya perlu melalui beberapa langkah. 

Pelanggan hanya perlu membuka aplikasi Wallet pada peranti Apple yang serasi, mengetik butang “+” dan mengikuti arahan untuk menambahkan kad mereka.

Ryt Bank beroperasi dengan lesen rasmi daripada Bank Negara Malaysia, manakala deposit pelanggan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Antara ciri keselamatan termasuk log masuk biometrik, penyulitan berlapis dan amaran penipuan masa nyata.

Aplikasi bank itu kini boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.

Must Watch Video

Advertisement