Skip to main content

Teknologi

WhatsApp kini benarkan mesej dihantar secara automatik mengikut jadual

Sumber: WhatsApp
Sumber: WhatsApp

Ringkasan AI

  • WhatsApp memperkenalkan ciri penjadualan penghantaran mesej secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang.
  • Pengguna boleh menetapkan masa penghantaran antara 10 minit hingga 14 hari lebih awal, termasuk ketika peranti luar talian atau dimatikan.
  • Ciri ini menyokong penghantaran teks, foto dan video dengan penyulitan hujung ke hujung, serta boleh digunakan untuk perbualan individu dan kumpulan.
Advertisement

MENLO PARK: Aplikasi pemesejan popular, WhatsApp, mula memperkenalkan ciri penjadualan penghantaran mesej secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang, lapor Amanz.

Menerusi ciri baharu itu, pengguna boleh menetapkan masa tertentu antara 10 minit hingga 14 hari lebih awal bagi membolehkan sesuatu mesej dihantar secara automatik, meskipun peranti mereka berada dalam keadaan luar talian, dimatikan atau kehabisan bateri ketika waktu penghantaran.

Menurut WhatsApp, fungsi yang turut dilindungi penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) itu menyokong penghantaran teks, foto dan video bagi perbualan individu serta kumpulan.

Advertisement

Bagi menggunakan fungsi tersebut, pengguna hanya perlu menaip mesej seperti biasa dan menekan serta menahan butang hantar.

Tindakan itu akan memaparkan antara muka pilihan tarikh dan masa penghantaran yang boleh ditetapkan mengikut keperluan pengguna, selain membolehkan mereka menyemak atau memadam mesej berjadual sebelum ia dihantar.

Advertisement

WhatsApp berkata mesej yang diterima akan dipaparkan seperti mesej biasa tanpa sebarang petunjuk bahawa ia telah dijadualkan lebih awal.

Sehubungan itu, WhatsApp menyarankan pengguna mengemas kini aplikasi masing-masing kepada versi terkini bagi menikmati ciri baharu berkenaan sebaik sahaja ia diaktifkan secara berperingkat.

Must Watch Video

Advertisement