Skip to main content

Sukan

Pasukan F1 Williams dikenakan penalti kerana langgar had perbelanjaan

Pasukan Britain itu berdepan penalti kewangan dan pengurangan 1.5 peratus masa ujian terowong angin bagi tempoh 12 bulan akan datang. - Foto REUTERS
Pasukan Britain itu berdepan penalti kewangan dan pengurangan 1.5 peratus masa ujian terowong angin bagi tempoh 12 bulan akan datang. - Foto REUTERS
Advertisement

LONDON: Williams dikenakan penalti oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) selepas mengakui melanggar peraturan had perbelanjaan Formula Satu (F1), lapor PA Media/dpa.

Pasukan Britain itu mengakui secara tidak sengaja berbelanja melebihi had yang ditetapkan, sekali gus berdepan penalti kewangan dan pengurangan 1.5 peratus masa ujian terowong angin bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Pelanggaran itu membabitkan kos pentadbiran yang ditanggung dalam melaksanakan perubahan terhadap struktur syarikat kami.

Advertisement

“Kami berpendapat kos ini tidak termasuk dalam had perbelanjaan. FIA mengambil maklum bahawa Williams tidak memperoleh sebarang kelebihan dari segi sukan atau kewangan, malah kami tidak pernah berusaha untuk mendapatkan kelebihan itu.

“FIA turut mengambil maklum bahawa kami memberikan kerjasama dan bertindak dengan niat baik sepanjang proses semakan,” menurut kenyataan Williams.

Advertisement

Pasukan Alpine turut mengakui melakukan pelanggaran prosedur di bawah peraturan berkenaan.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement