awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Manchester United susut 7% susulan Glazer jual 9.5 juta ekuiti

Dagang News
Dagang News
06/10/2021
23:19 MYT
Saham Manchester United susut 7% susulan Glazer jual 9.5 juta ekuiti
Pada Selasa malam, keluarga Glazer menawarkan jualan kepentingan saham mereka bernilai hampir AS$200 juta (RM836 juta). - Foto Dagang News
MANCHESTER: Saham Manchester United Plc mencatat penyusutan berikutan tindakan keluarga Glazer menawarkan jualan kepentingan saham mereka bernilai hampir AS$200 juta (RM836 juta).
Saham kelab bolasepak Inggeris tersebut susut 7% selepas Kevin Glazer Irrevocable Exempt Family Trust dan the Edward S Glazer Irrevocable Exempt Trust menawarkan jualan sebanyak 9.5 juta saham.
Saham-saham tersebut bernilai kira-kira AS$186 juta (RM777.57 juta) semasa pasaran Bursa Saham New York (NYSE) ditutup semalam, lapor Bloomberg.
Tawaran itu adalah susulan peningkatan saham sebanyak 11% pada 17 September lalu, apabila Manchester United melaporkan perolehan suku tahunan lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, berikutan kembalinya para penyokong memenuhi stadium Old Trafford.
BACA: Pemilik Manchester United sedia jual 9.5 juta saham
Saham tersebut meningkat keseluruhannya sebanyak 17% tahun ini, dengan paras semalam hampir menyamai momentum pembukaan musim baharu dan pembelian semula bintang mega, Cristiano Ronaldo.
Bank of America Corp merupakan penaja jamin bagi tawaran terbaharu keluarga Glazer tersebut.
Artikel asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#saham susut
#Manchester United
#keluarga Glazer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan