awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Petgas, Petchem naik berikutan pengumuman pelantikan CEO

Bernama
Bernama
10/02/2015
06:00 MYT
Saham Petgas, Petchem naik berikutan pengumuman pelantikan CEO
Saham firma minyak dan gas itu naik 28 sen atau 1.27 peratus kepada RM22.38 pada pukul 10.33 pagi dengan 400 saham bertukar tangan. - Gambar fail
Harga saham Petronas Gas Bhd, anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang disenaraikan, diniagakan tinggi pagi ini selepas pengumuman pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baharu.
Saham firma minyak dan gas itu naik 28 sen atau 1.27 peratus kepada RM22.38 pada pukul 10.33 pagi dengan 400 saham bertukar tangan.
Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang kini merupakan Ketua Pegawai Operasi Petronas, akan mengambil alih jawatan tertinggi syarikat minyak nasional itu berkuat kuasa 1 April, 2015 hingga 31 Mac, 2018.
Beliau menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya hari ini, tetapi perkhidmatannya disambung dari 10 Feb 2015 hingga 31 Mac 2015.
Pelantikan berkenaan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Saham berkaitan Petronas yang lain, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM5.27 manakala Petronas Dagangan kekal pada RM18.80.
Petronas yang ditubuhkan pada 17 Ogos, 1974, merupakan syarikat minyak dan gas milik kerajaan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#Petronas
#Shamsul Azhar Abbas
#Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan