KUALA LUMPUR: Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura melalui penyambung yang baru dinaik taraf.

Pada 10.11 pagi, 674,200 saham telah bertukar tangan.

Anak syarikat milik penuh YTL, YTL PowerSeraya Pte Ltd, telah diberikan lesen pengimport elektrik untuk Malaysia bagi tempoh percubaan dua tahun oleh Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura.

Ia akan membeli elektrik daripada TNB Pasir Gudang Energy Sdn Bhd, syarikat bertujuan khas milik penuh TNB Genco.

-- BERNAMA