Salcon Bhd telah mengumumkan perjanjian pengambilalihan aset bernilai RM15.249 juta (RMB30.75 juta) dengan Water Bureau of Yizheng City (WYBC), China.

Janji niaga itu melibatkan Yizheng Salcon Wastewater Treatment Company Ltd (YSWWT) dan Water Bureau of Yizheng City (WBYC).

YSWWT ialah anak syarikat milik penuh Jiangsu Salcon Water & Environmental Development Company Ltd.

Jiangsu Salcon Water & Environmental ialah 66.67 peratus anak syarikat Salcon Jiangsu (HK) Ltd, yang sebaliknya pula merupakan anak syarikat milik penuh Salcon.

Perjanjian itu ialah untuk mengambilalih aset daripada WYBC untuk fasa kedua projek loji rawatan sisa air Yizheng City, kata Salcon dalam satu kenyataan kepada Bursa Selasa.

Aset-aset itu termasuklah bangunan, peralatan dan saluran paip.

YSWWT telah diberikan hak konsesi oleh Peoples Government of Yizheng City (PGYC) menerusi Perjanjian Konsesi Pembekalan pada 1 Dis, 2010, untuk mengambil alih, membina, mengendali dan menyenggara fasa dua loji rawatan sisa air 50 MLD.

Sebaik sahaja tamat tempoh konsesi selama 30 tahun bermula daripada pengeluaran komersil projek berkenaan, YSWWT akan memindahkan loji rawatan sisa air kembali kepada PGYC tanpa sebarang pertimbangan.