awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasar lebih ramai guna MyPay - Sabri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
03/07/2020
07:33 MYT
Sasar lebih ramai guna MyPay - Sabri
Sabri berkata, sejak dilaksanakan enam bulan lalu, sambutan semua pihak amat menggalakan khsusunya dalam membuat pembayaran dalam talian. - Foto Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Dapat Vista (M) Sdn. Bhd. menyasarkan seramai mungkin pengguna akan memuat turun dan menggunakan aplikasi pembiayaan dan pembayaran digital dan E-dompet (MyPay) dalam tempoh terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sabri Rahman berkata, ini kerana, sejak dilaksanakan enam bulan lalu, sambutan semua pihak amat menggalakkan khususnya dalam membuat pembayaran secara dalam talian.
"Setakat ini, kita menawarkan 30 perkhidmatan antaranya pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan, bil utiliti dan zakat.
"Pada masa akan datang, kita akan menambah lagi perkhidmatan lain termasuk permohonan pembiayaan atau pembukaan akaun bank dengan Bank Islam," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir melancarkan aplikasi itu.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Fass Payment Solution Sdn. Bhd., Chris Leong; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Sementara itu, Mohd Muazzam berkata, perkhidmatan itu menyediakan kaedah pembayaran berteraskan teknologi yang fleksibel, mudah dan berkesan.
"Kami giat membentuk sebuah ekosistem yang tidak memerlukan pelanggan mengunjungi cawangan untuk membuat permohonan terhadap produk dan perbankan.
"Sebaliknya, transaksi dan permohonan dapat disempurnakan secara dalam talian dengan mudah dan lancar dengan adanya MyPay ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#bank
#coronavirus
#COVID-19
#E dompet
#Islam
#Malaysia
#Media
#menteri
#Mustapa Mohamed
#MyPay
#PDRM
#pendidikan
#Perdana Menteri
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#PTPTN
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan