MANILA: Empat orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dalam kebakaran yang melanda kawasan kediaman di Bandaraya Pasay, Metro Manila, Filipina pada tengah hari Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Kebakaran berlaku kira-kira 1.35 tengah hari di Tengco Street dan merebak dengan pantas ke rumah berhampiran.
Kebakaran itu ditingkatkan ke amaran kedua, yang memerlukan pengerahan sumber pemadaman tambahan sebelum diisytiharkan terkawal pada 3.45 petang, menurut Biro Perlindungan Kebakaran.
Siasatan awal menunjukkan letupan melibatkan tong gas cecair petroleum (LPG) sebagai punca kemungkinan kejadian, lapor media tempatan.
Empat lagi mengalami kecederaan manakala kira-kira 30 keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran itu.
-- BERNAMA-XINHUA