awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran penjimatan RM5 bilion hingga RM6 bilion daripada baki peruntukan mengurus 2022 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
20/07/2022
12:32 MYT
Sasaran penjimatan RM5 bilion hingga RM6 bilion daripada baki peruntukan mengurus 2022 - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyasarkan anggaran antara RM5 bilion dan RM6 bilion nilai penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022. - Foto FB/Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyasarkan anggaran antara RM5 bilion dan RM6 bilion nilai penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022.
Beliau berkata penjimatan tersebut melibatkan beberapa perkara antaranya pengurangan pembelian barangan import dan perbelanjaan ke luar negara.
"Nilai lima peratus (itu) tidak besar mana, malah kalau dilihat (dalam Bajet 2022), perbelanjaan kita adalah RM332 bilion, perbelanjaan pembangunan pada tahun ini sebanyak RM75 bilion, subsidi mencecah RM77.7 bilion dan kita menjangka mungkin mencecah RM80 bilion.
Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa tiada projek yang akan dibatalkan tetapi (mungkin) terdapat projek yang boleh ditangguhkan untuk sementara waktu.
Menjawab persoalan mengenai kemungkinan terdapat cukai baharu yang akan diperkenalkan untuk membantu menambah hasil negara, beliau berkata tiada bentuk cukai baharu yang akan dibuat pada masa ini.
"Ekonomi kita masih lagi dalam keadaan mod pemulihan, justeru, tiada cukai baharu akan diperkenalkan. Bagaimanapun, dalam pengumuman Bajet 2022, dari segi hasil, kita ada memperkenalkan, sebagai contoh Cukai Makmur.
"Kerajaan akan terus fokus membantu kehidupan rakyat dan kelangsungan perniagaan kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Kewangan
#Kementerian Kewangan
#nilai penjimatan
#baki peruntukan mengurus
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan