ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Oktober 2026.
Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial
Seri Paduka Baginda menegaskan adab merupakan asas penting dalam membentuk perpaduan, keharmonian dan maruah negara.
Nik Nazmi akui ditahan JAIS, nafi perbuatan sumbang, mohon maaf
Nik Nazmi turut menyatakan akan memberi jaminan dan kerjasama dalam sebarang proses perundangan.
Ibu pelakon Syafiq Kyle meninggal dunia
Berita duka itu dikongsikan oleh adik Syafiq yang juga pelakon, Syazwan Razak, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
'Kebakaran Kalimantan lebih buruk, mengapa bukan bencana nasional?' - Soal wartawan Kompas
Kebakaran hutan di Kalimantan tahun ini disifatkan lebih buruk berbanding krisis 2015, namun belum diisytihar sebagai bencana nasional.
Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS - Polis
Keputusan awal itu hasil bedah siasat selama hampir lima jam bermula 9.40 pagi tadi di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Nik Nazmi bukan mangsa perangkap JAIS – MAIS
JAIS menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima dan mengikut peruntukan undang-undang tanpa mengira latar belakang individu.
Parti Bersama rehatkan Nik Nazmi tiga bulan susulan kontroversi - Presiden
Parti Bersama Malaysia (Bersama) memutuskan untuk merehatkan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan susulan kontroversi yang melibatkan dirinya baru-baru ini.
PRN Sarawak mungkin berlangsung Disember ini - Abdul Karim
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkemungkinan besar diadakan pada Disember ini sebelum mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada Februari tahun depan, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa
Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap seorang mahasiswa susulan persoalan dan pandangan yang disuarakannya pada sesi Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.
Jerebu: Tiada taska diarah tutup, aktiviti luar dihentikan - Nancy
Tiada taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah tutup setakat ini susulan keadaan jerebu, namun semua aktiviti luar perlu dihentikan bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.