awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu pertiga PKS dijangka pulih April ini - Tinjauan

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2021
01:59 MYT
Satu pertiga PKS dijangka pulih April ini - Tinjauan
Tinjauan mendapati satu pertiga PKS dijangka pulih menjelang April. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketika negara dilanda gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang mengakibatkan negara terus berhadapan ketidaktentuan ekonomi, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini boleh menarik nafas lega apabila satu pertiga daripada sektor itu dijangka pulih menjelang April ini.
Kaji Selidik Impak Mastercard yang dijalankan oleh cabang perkhidmatan profesional Mastercard, Data and Services pada akhir 2020 itu juga menunjukkan 80 peratus daripada pengusaha PKS mengakui mempunyai sumber mencukupi bagi menjalankan operasi sehingga akhir tahun ini.
Tinjauan yang melibatkan 452 pemilik PKS itu mendapati sebanyak 31 peratus PKS bertindak membuat pelaburan pada masa ini bagi memastikan telah membuat persediaan sejajar dengan pemulihan ekonomi.
"Apa yang ketara adalah sentimen optimis dalam kalangan PKS negara ini.
"Sentimen sedemikian amat bermakna ketika banyak perniagaan lebih berhati-hati dan mengambil langkah proaktif bagi mengharungi kejutan akibat pandemik itu," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mastercard memberitahu sepanjang tempoh pandemik itu, sebanyak 21 peratus responden mengakui membuka perniagaan mereka secara dalam talian, manakala 39 peratus lagi melakukan penambahbaikan operasi menerusi platform itu dalam usaha meningkatkan jangkauan pengguna.
Sementara 20 peratus perniagaan itu, yang berdasarkan industri diceburi, menyatakan bahawa operasi mereka telah kembali ke paras sebelum pandemik dan sektor pembuatan mencatat tahap paling mantap.
Dari segi sokongan institusi kewangan, tinjauan mendapati 85 peratus responden menganggap bantuan institusi perbankan dalam kategori baik atau cemerlang.
"Bagi aspek sokongan operasi yang disifatkan sebagai bernilai, 66 peratus PKS mahukan kadar faedah pinjaman/pembiayaan yang lebih rendah manakala 52 peratus berpendapat tempoh penangguhan bayaran balik hutang perlu dilanjutkan," jelasnya.
Pun begitu, responden menyatakan kebimbangan mereka adalah dari segi tenaga kerja yang mencatat 74 peratus, diikuti kewangan dan jualan masing-masing pada 64 peratus dan 63 peratus.
Sementara itu, Pengurus Negara Mastercard bagi Malaysia dan Brunei, Perry Ong memaklumkan syarikat itu aktif membantu PKS dan perniagaan dalam skala lain untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu selain memastikan mereka mempunyai maklumat dan teknologi sesuai bagi kelangsungan dalam ekonomi digital.
"Sesungguhnya tidak dapat dinafikan ekonomi Malaysia telah terjejas teruk akibat pandemik ini, namun dapatan daripada kaji selidik ini memberi alasan untuk berasa lebih optimis terhadap pemulihan tahun ini," jelasnya.
Topic Berkaitan
#PKS
#Mastercard
#Kaji Selidik Impak
#perusahaan kecil dan sederhana
#Perry Ong
#ekonomi malaysia
#cabang perkhidmatan profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan