KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta Bursa Malaysia telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan pasaran bagi memastikan aktiviti dalam pasaran modal Malaysia kekal stabil, adil dan teratur berikutan keadaan yang memuncak di Asia Barat.
Mereka melalui satu kenyataan bersama pada Ahad turut memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.
"Kami juga mempunyai sistem yang berkesan untuk memastikan penjelasan serta penyelesaian perdagangan yang berterusan dan berkesan. Selain itu, kami mempunyai kawalan yang diperlukan bagi menangani potensi peningkatan mendadak dalam turun naik pasaran ekuiti.
"Kami akan terus menilai keadaan dengan teliti untuk memastikan integriti pasaran modal kami kekal utuh," kata mereka.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berasingan berkata kerajaan sedang memantau dengan teliti perkembangan geopolitik global dan pasaran kewangan.
Selain itu, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menggalakkan kestabilan kewangan yang berterusan termasuk fungsi pasaran yang teratur serta kewujudan potensi kejatuhan ekonomi.
"Demi kepentingan terbaik masyarakat global, Malaysia amat percaya bahawa semua pihak yang terlibat harus berusaha ke arah mencapai penyelesaian permusuhan di Timur Tengah dan mengelakkan pencerobohan yang semakin meningkat. Untuk pengakhiran yang muktamad, keganasan yang berterusan mesti ditamatkan.
"Apapun, Malaysia berdiri bersama rakyat Palestin yang terus menderita dalam situasi dahsyat ini. Sudah tiba masanya untuk semua pihak menahan diri sepenuhnya dan pihak berkepentingan global yang berpengaruh harus menuntut pemberhentian konflik oleh semua pihak," tambah Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Media asing semalam melaporkan bahawa Kor Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel.
Anwar menjelaskan lagi, serangan Iran merupakan respons terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Damsyik, Syria, sambil menambah bahawa tindakan Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka mempunyai kawalan yang diperlukan bagi menangani potensi peningkatan mendadak dalam turun naik pasaran ekuiti.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.