Skip to main content

Malaysia

Polis teliti kenyataan Pengerusi DAP Melaka, siasatan jika perlu

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail ditemui media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini. -- fotoBERNAMA
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail ditemui media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini. -- fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti kenyataan Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat dan akan memulakan siasatan sekiranya perlu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata pihaknya turut mengambil maklum permohonan maaf yang dibuat Khoo susulan kenyataannya itu.

Advertisement

"Kita tidak menerima sebarang laporan polis berhubung isu ini dan berharap mana-mana individu tidak menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) kerana perkara itu sensitif dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

"Saya menyeru supaya perkara sebegini diberi perhatian pada masa hadapan, bukan sahaja oleh ahli politik tetapi juga mana-mana individu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada layanan berbeza dalam siasatan pihak berkuasa terhadap laporan membabitkan mana-mana individu yang menyentuh isu 3R.

Minggu lepas, Khoo mempersoalkan arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang melarang aktiviti perniagaan dan hiburan ketika solat Jumaat.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement