awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Energy Asia 2025: Peralihan tenaga global, sejajar ekonomi mapan
MALAYSIA
#EduRoundtables2025: Isu keciciran antara agenda utama ASEAN
DUNIA
Starship Ship 36 milik SpaceX meletup ketika ujian di Starbase
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUSINESS

SC cela juruaudit kerana pelanggaran piawaian pengauditan

Bernama
Bernama
12/03/2024
07:00 MYT
SC cela juruaudit kerana pelanggaran piawaian pengauditan
AOB SC telah mencela Nexia SSY PLT (AF 2009) dan rakan kongsi auditnya, iaitu Michelle Yong Voon Sze dan Jayapalasingam Kandiah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mencela Nexia SSY PLT (AF 2009) dan rakan kongsi auditnya, iaitu Michelle Yong Voon Sze dan Jayapalasingam Kandiah.
Katanya sebagai rakan kongsi tugasan yang bertanggungjawab ke atas audit entiti berkepentingan awam (PIE), Yong telah gagal melaksanakan prosedur audit dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi untuk menyokong asas bagi pendapat bersyarat dalam laporan juruaudit.
"Pelanggaran ini merupakan ketidakpatuhan terhadap Piawaian Antarabangsa tentang Pengauditan (ISA) yang berkaitan seperti yang diterima pakai oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA)," menurut SC dalam kenyataan hari ini.
Syarat-syarat adalah yang berkaitan dengan perjanjian tertentu yang dimeterai oleh PIE.
"Yong gagal menilai sama ada kesan perjanjian ini adalah pervasif atau sebaliknya dalam penyata kewangan PIE dan menilai kesahihan dan kebolehkuatkuasaannya," katanya.
Sementara itu, Jayapalasingam, Penyemak Kawalan Kualiti Tugasan, telah gagal menyemak dengan secukupnya dokumentasi audit terpilih yang berkaitan dengan pertimbangan penting dan bidang risiko penting dalam tugasan dan asas kesimpulan yang dicapai, terutamanya asas untuk pendapat bersyarat tersebut.
Berkenaan dengan Nexia, katanya firma audit telah dicela kerana kualiti prestasi tugasan dan ketidakpatuhan terhadap keperluan berkaitan Piawaian Antarabangsa tentang Kawalan Kualiti 1 (ISQC 1) seperti yang diterima pakai oleh MIA, khususnya mengenai pengumpulan fail dan dokumentasi audit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AOB
#SC
#cela juruaudit
#Nexia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami