awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SCIB tarik diri daripada projek hospital pakar di Johor Bahru

Bernama
Bernama
27/01/2023
07:43 MYT
SCIB tarik diri daripada projek hospital pakar di Johor Bahru
SCIB berkata sebagai sebahagian daripada proses penarikan diri daripada projek itu, KHSB akan membayar balik, di bawah perjanjian penyelesaian, fi komitmen berjumlah RM1.65 juta yang dibayar SCIB dalam dua bahagian.- Foto SCIB
KUALA LUMPUR: Pakar kejuruteraan sivil Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mengeluarkan surat penarikan diri kepada Kencana Healthcare Sdn Bhd (KHSB) bagi kontrak yang melibatkan projek hospital pakar di Johor Bahru.
Pengarah Urusan SCIB Group Rosland Othman berkata syarikat itu melaksanakan haknya di bawah cadangan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) dan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan SCIB dalam menangani risiko ekoran kelewatan yang lama atau projek tidak bergerak yang disebabkan oleh ketidakpastian dan ketidakupayaan untuk mendapatkan pengendali yang diperlukan bagi projek tersebut.
"Selain itu, keputusan ini diambil susulan kajian semula dan kemas kini rekod nilai perolehan projek kami bagi mencerminkan situasi semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SCIB berkata sebagai sebahagian daripada proses penarikan diri daripada projek itu, KHSB akan membayar balik, di bawah perjanjian penyelesaian, fi komitmen berjumlah RM1.65 juta yang dibayar SCIB dalam dua bahagian.
Menurutnya, penarikan diri daripada kontrak itu tidak akan memberi kesan ketara terhadap tahap kadar hutang, pendapatan sesaham dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023.
SCIB menerima surat lantikan daripada KHSB bertarikh 13 Ogos, 2021, bagi kontrak EPCC yang melibatkan pemerolehan peralatan modal serta konsesi pajakan bagi pemerolehan, bekalan, pemasangan, pengujian dan pengoperasian peralatan perubatan.
SCIB dan KHSB telah bersetuju secara bersama dengan penarikan diri daripada kontrak tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor Bahru
#SCIB
#KHSB
#projek hospital pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan