awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedia kandungan terbaik rentas sempadan

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2013
02:45 MYT
Sedia kandungan terbaik rentas sempadan
Pelancaran Astro On The Go (AOTG) ke serata dunia merupakan langkah pertama Astro Malaysia untuk menjadi sebuah jenama global.
Selebihnya, perkhidmatan yang serba boleh dan inovatif ini memanfaatkan kedudukan unik Astro untuk menyediakan kandungan terbaik terutamanya kandungan tempatan merentasi semua landasan media.
Buat permulaan, prebiu percuma Astro Awani dan Astro Arena akan ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang mendaftar bagi perkhidmatan AOTG.
Perkhidmatan penuh AOTG terbaru ini akan disediakan pada suku kedua 2013 di mana Astro akan mempamerkan saluran televisyen, muzik serta program yang akan disiarkan secara langsung termasuk sukan, "video on demand" dan program program menerusi catch-up.
Ketua pegawai eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata fasa kedua ini akan membawakan lebih banyak kandungan popular malaysia seperti Maharaja Lawak, Adam dan Hawa, Hua Hee Makan dan Oh My English menerusi saluran tv serta filem filem popular Astro First.
Beliau yakin kandungan yang dihasilkan Astro akan mendapat sambutan baik termasuk pasaran di luar negara.
“Kita bukan sahaja penyiar tetapi juga penyedia kandungan atau maklumat. Berdasarkan perkembangan sebelum ini, kandungan kita bukan sahaja untuk sajian rakyat Malaysia, tetapi juga kandungannya untuk mereka di luar negara.” ulas Datuk Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia.
Perkhidmatan ini juga bakal memberikan akses kepada seribu hingga seribu lima ratus buah kandungan terbaik Astro On Demand menerusi fasa ke tiga.
Tambahnya, pekhidhmatan AOTG membantu memperluas jejak Astro sebagai kumpulan pengguna media bersepadu bukan sahaja menerusi pendekatan pelanggan secara konvensional malah potensi untuk mendekatkan diri kepada kedua-dua isi rumah dan individu.
Kata beliau, amat penting untuk Astro terus menepati cita rasa pasaran dan supaya ia dapat meningkatkan nilai tambah kepada pelanggan dan kekal berdaya saing.
“Aspirasi Astro ialah sentiasa menjadi penyedia kandungan pilihan pelanggan. Maka, penting untuk kita mendengar apa kehendak pelanggan.”
Perkhidmatan AOTG sebelum ini ditawarkan kepada pelanggan Astro pada Mei lalu.
Sejak pelancarannya, ia menerima maklum balas memberangsangkan dengan penerimaaan melebihi 500,000 paparan dan 400,000 muat turun applikasi.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro On the Go
#Datuk Rohana Rozhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan