awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan beri impak, akui China pasaran penting Nvidia - CEO

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/04/2025
22:30 MYT
Sekatan beri impak, akui China pasaran penting Nvidia - CEO
Menurut Huang, China merupakan pasaran yang sangat penting bagi Nvidia dan menyatakan kesediaan syarikat itu untuk meneruskan kerjasama dengan negara berkenaan. - Gambar fail/REUTERS
BEIJING: Langkah Amerika Syarikat menyekat penghantaran cip H20 buatan Nvidia ke China telah memberi kesan signifikan kepada syarikat itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jensen Huang.
Menurut Huang, China merupakan pasaran yang sangat penting bagi Nvidia dan menyatakan kesediaan syarikat itu untuk meneruskan kerjasama dengan negara berkenaan.
"Peningkatan sekatan telah memberi kesan kepada syarikat kami dengan ketara.
"Kami telah membangun di China dan China telah menyaksikan (pembangunan) kami dalam tempoh 30 tahun yang lalu.
"Sudah tentu, ia (China) merupakan pasaran yang sangat besar untuk kami bekerja dan berkhidmat kepada syarikat China. Dan ia menjadikan kita berdua (Nvidia-China) lebih baik.
"Oleh itu, kami akan terus berusaha untuk mengoptimumkan produk kami yang mematuhi peraturan dan terus berkhidmat kepada pasaran China," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa, Ren Hongbin di Beijing pada Khamis, lapor Xinhua.
Langkah untuk menyekat penghantaran H20 menandakan usaha terbaru Washington untuk mengehadkan akses China kepada semikonduktor maju, ketika Amerika Syarikat berusaha untuk mengekalkan kelebihannya dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
Lawatan ini merupakan kunjungan kedua Huang ke Beijing dalam tempoh tiga bulan.
Ia berlangsung selepas kerajaan Amerika Syarikat mengehadkan eksport cip kecerdasan buatan H20 Nvidia ke China, yang merupakan satu daripada pasaran utama bagi cip popular berkenaan.
Menurut laporan media, saham Nvidia telah merosot sebanyak 22 peratus tahun ini dan jatuh tujuh peratus pada Rabu.
Saham-saham di Wall Street turut menyusut selepas Nvidia memberi amaran bahawa sekatan baharu ke atas eksport ke China akan menyebabkan kerugian berbilion dolar kepada syarikat itu.
Topic Berkaitan
#NVIDIA
#China
#Amerika Syarikat
#Jensen Huang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan