awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024

Bernama
Bernama
08/02/2024
20:40 MYT
Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Sektor pembuatan merosot kepada -1.4 peratus tahun ke tahun pada Disember berbanding -0.1 peratus pada November. - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan Malaysia dijangka mencatatkan pemulihan yang kukuh pada separuh kedua 2024 dan indeks pembuatan diunjurkan berkembang 4.6 peratus pada tahun ini, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (KIB).
Dalam nota penyelidikan, katanya pemulihan sektor pembuatan akan didorong oleh kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
"Bank turut menjangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang kepada 4.9 peratus pada tahun ini.
"Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK kami bagi suku keempat 2023 pada 3.7 peratus berbanding anggaran awal 3.4 peratus oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)," katanya.
Sementara itu, dalam nota berasingan, Public Investment Bank Bhd menjangka prospek pertumbuhan yang lebih baik untuk sektor perindustrian pada 2024.
Katanya pada 2023, sektor pembuatan dan perlombongan menunjukkan peningkatan sederhana, masing-masing sebanyak 0.7 peratus dan 0.8 peratus manakala sektor elektrik mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus.
"Sektor pembuatan merosot kepada -1.4 peratus tahun ke tahun pada Disember berbanding -0.1 peratus pada November.
"Sementara itu, sektor elektrik naik 4.6 peratus pada Disember berbanding 4.3 peratus pada November," menurut firma penyelidikan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pembuatan
#KDNK
#sektor perindustrian
#pemulihan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan