awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik - Tengku Zafrul

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2022
06:25 MYT
Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (tengah) memberitahu, Pelan Tindakan Sektor Kewangan yang memperincikan strategi-strategi yang amat penting bagi sektor kewangan dalam mengharungi cabaran dan peluang masa depan. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik untuk merealisasi aspirasi Malaysia, terutama ketika ia sedang melalui transformasi dan perubahan besar.
Malah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sektor perbankan Malaysia antara yang terkukuh di Asia.
Menurutnya, kedudukan negara yang strategik di tengah-tengah Asia Tenggara menjadikan Malaysia mempunyai taraf hidup yang tertinggi di rantau ini.
"Dengan keberkesanan kesalinghubungan dan rancangan infrastruktur pada masa-masa akan datang, Malaysia dilihat bakal menjadi pangkalan serantau dan antarabangsa yang ideal untuk perniagaan.
"Kita juga mahu menjadikan Malaysia sebagai hab untuk bakat global, pusat pembangunan teknologi baharu dan sebagai pusat pertukaran maklumat," katanya ketika berucap merasmikan pembukaan ibu pejabat HSBC Malaysia yang baharu di Menara IQ, di Tun Razak Exchange (TRX) di sini.
Mengulas lanjut Tengku Zafrul memberitahu, Pelan Tindakan Sektor Kewangan yang memperincikan strategi-strategi yang amat penting bagi sektor kewangan dalam mengharungi cabaran dan peluang masa depan dalam merealisasikan matlamat ekonomi yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
"Pada dasarnya, pelan tindakan akan merealisasi matlamat Malaysia ke arah kemakmuran, inklusif dan mampan dengan lebih baik.
Sehubungan ini, kami amat menghargai para pelabur yang telah sekian lama bertapak di Malaysia seperti HSBC yang telah memainkan peranan utama di negara ini sepanjang 130 tahun yang lalu dan kini membantu dalam memudahcarakan pemulihan ekonomi, pertumbuhan dan transformasi negara," ujarnya.
Beliau menyifatkan 130 tahun merupakan satu tempoh yang amat panjang dan selama lebih satu abad, HSBC telah berganding bahu dengan Malaysia dan rakyatnya, melakukan peranan penting dalam pembangunan negara ini.
Topic Berkaitan
#TRX
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#HSBC
#Pelan Tindakan Sektor Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan