PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak membuka lima bilik gerakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 bagi menerima maklumat dan aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua bilik gerakan itu akan beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh pilihan raya, bermula hari penamaan calon hari ini hingga hari pengundian pada 12 Dis.
Lima bilik gerakan berkenaan ialah:
- Pejabat SPRM Sarawak
Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, Peti Surat 6000, 93350 Kuching.
Telefon: 082-467701 sambungan 110 - SPRM Cawangan Sibu
Blok 3, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Persiaran Brooke, Peti Surat 6000, 96008 Sibu.
Telefon: 084-311982 - SPRM Cawangan Miri
Tingkat 2, Blok A, Fasa 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 6000, 98008 Miri.
Telefon: 085-415404 - SPRM Cawangan Bintulu
Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Peti Surat 6000, 97008 Bintulu.
Telefon: 086-316200 - SPRM Cawangan Limbang
No. 125, Jalan Muhibbah, 98700 Limbang.
Telefon: 085-211974
Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan melalui e-mel rasmi [email protected] atau menghubungi hotline bilik gerakan di talian 011-6070 0794.
SPRM memberi jaminan bahawa setiap maklumat dan aduan yang diterima akan diteliti serta diambil tindakan sewajarnya secara profesional, telus dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Suruhanjaya itu turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya.
Peringatan itu selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.