KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Selangor pada tahun lepas menyaksikan negeri itu menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sebanyak 25.9 peratus.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ia diikuti Kuala Lumpur (15.9 peratus), Johor (9.5), Sarawak (9.1 peratus), Pulau Pinang (7.4 peratus) dan Sabah (5.3 peratus)
"Enam negeri ini menyumbang 73.0 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2023 berbanding 72.9 peratus pada 2022.
"Pada tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang sederhana sebanyak 3.6 peratus, namun semua negeri mencatatkan pertumbuhan positif yang menggalakkan," katanya ketika sesi Pembentangan serta Soal Jawab Berkenaan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KDNK Mengikut Negeri, 2023, secara dalam talian, hari ini.
Beliau berkata bagi prestasi ekonomi mengikut negeri pada 2023, empat negeri mengatasi perumbuhan di peringkat nasional iaitu Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang 5.2 peratus, Johor 4.1 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3.7 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Pertumbuhan ekonomi Selangor menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sebanyak 25.9 peratus. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Selangor dahului sumbangan KDNK dalam ekonomi nasional - Perangkaan
Pertumbuhan ekonomi Selangor menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sebanyak 25.9 peratus.