Kerajaan Negeri Selangor mengurangkan defisit kepada hanya RM408 juta berbanding RM900 juta bagi tahun kewangan 2017, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurutnya, ini membuktikan kerajaan negeri tuntas berpegang kepada prinsip belanja secara berhemah dan mengelakkan ketirisan dan kecuaian.
Katanya, setakat 31 Disember 2017, Selangor berjaya melepasi kutipan hasil negeri pada RM2.81 bilion berbanding sasaran RM2.55 bilion.
“Selangor turut berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri pada 2017 sebanyak 13.36 peratus, iaitu sebanyak RM43.83 juta,” katanya ketika berucap pada program Rapat Ramadan bersama Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini.
Tambahnya, tunggakan semasa hasil negeri ketika ini ialah pada RM284 juta.
Setakat lima bulan pertama 2018 pula, Mohamed Azmin berkata, Selangor berjaya mengutip 45 peratus hasil atau RM1 bilion berbanding sasaran RM2.25 bilion untuk tahun penuh.
“Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri akan terus diperkukuhkan dan berdaya tahan agar ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Selangor,” katanya.
Najib Aroff
Mon Jun 04 2018
Mohamed Azmin bersama kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam di Shah Alam hari ini. --fotoBERNAMA
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.