awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakan semula bajet Malaysia pamer komitmen kukuh kepada pengukuhan fiskal - Moody's

Bernama
Bernama
01/02/2016
10:20 MYT
Semakan semula bajet Malaysia pamer komitmen kukuh kepada pengukuhan fiskal - Moody's
Pengubahsuaian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas, iaitu tiga bulan selepas bajet asal dibentangkan pada akhir Oktober, menekankan pengurusan proaktif oleh kerajaan. - Gambar fail
Moody's Investors Service menjangka kerajaan Malaysia akan mengurangkan defisit fiskal untuk tahun keenam berturut-turut tahun lepas.
Dalam artikelnya, "Prospek Kredit Moody’s", agensi penarafan itu berkata kerajaan Malaysia telah mengemukakan pakej bagi langkah-langkah perolehan dan perbelanjaan untuk mengekalkan aliran pengukuhan defisit fiskal.
Pengubahsuaian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas, iaitu tiga bulan selepas bajet asal dibentangkan pada akhir Oktober, menekankan pengurusan proaktif oleh kerajaan.
Moody's berkata pentadbiran juga menunjukkan komitmen kredit positif kepada pengukuhan fiskal dengan mengekalkan sasaran defisitnya pada 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016, dan menekankan hutang kerajaan tidak akan melebihi had 55 peratus daripada KDNK.
Sementara itu, perolehan sebagai sebahagian daripada KDNK pada 2016 dijangka susut ke paras terendah sejak 2000, bagaimanapun penurunan sama dalam perbelanjaan akan mengekalkan pengukuhan fiskal, kata Moody's.
Topic Berkaitan
#KDNK
#Moody's Investors Service menjangka kerajaan Malaysia akan mengurangkan defisit fiskal untuk tahun keenam berturut-turut tahun lepas
#Najib Razak
#Prospek Kredit Moody's
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan