KUALA LUMPUR: Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang mencecah RM10,000 mengelak mangsa banjir yang mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu terus meminjam dari masa depan sendiri, kata Shahril Sufian Hamdan.
Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, ia sekali gus mengelak mereka daripada terlepas peluang pendapatan dividen tahunan KWSP tersebut.
"Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang disenaraikan oleh Perdana Menteri (sebelum ini) jelas memberi alternatif kepada cadangan lain mahupun usaha-usaha yang telah diumumkan.
"Sebelum ini timbul kekhuatiran bahawa antara tawaran yang telah diumumkan lebih awal, iaitu pinjaman daripada Tekun dan BSN walaupun pada kadar 0% faedah dan moratorium automatik, akan menambah hutang mangsa banjir.
"Ternyata pandangan ini telah diambil kira dan kali ini, sebagai tambahan, kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan daripada kerajaan, bukannya simpanan pencarum sendiri.
"Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000, malah amaun lebih besar daripada itu jika ada kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman. Ini menjadikan jumlah bantuan langsung dari kerajaan kepada sesebuah isi rumah yang terkesan boleh bernilai sehingga sebanyak RM61,000," katanya dalam kenyataan di laman Facebook.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
BACA: Anda mangsa banjir? Ini Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan PM
Beliau tidak sependapat dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang lantang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP i-Citra sebanyak RM10,000, terutama bagi mereka yang terdesak termasuk mangsa banjir.
Malah Asyraf Wajdi berkata, kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi beberapa agensi, termasuk BSN dan Tekun, terutama kepada mangsa banjir akan menambah beban hutang orang ramai.
Beliau menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai inisiatif berhutang yang tidak akan menyelesaikan masalah.
Pada 31 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan lima insentif pemberian tunai yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah.
Inisiatif tersebut bagi meringankan beban golongan terbabit akibat banjir.
Mengulas lanjut, Shahril Sufian berkata, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan usaha kerajaan mengimbangi antara keperluan mendesak semasa, dan tanggungjawab memelihara masa depan rakyat serta negara.
Katanya lagi, di samping itu, bantuan yang diumumkan mampu meliputi semua mangsa banjir, termasuk mereka yang bukan pencarum KWSP atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sehingga sebanyak RM19,500 seorang.
Astro Awani
Sun Jan 02 2022
Shahril Sufian tidak sependapat dengan Asyraf Wajdi yang lantang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP i-Citra sebanyak RM10,000. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
KL PodFest 2024, pesta audio siar pertama Malaysia diadakan pada Februari
Saluran podcast Keluar Sekejap (KS) akan menganjurkan pesta audio siar pertama di Malaysia, KL PodFest 2024 selama dua hari pada 3 dan 4 Februari tahun depan.
Tafsir al-Quran: Khairy, Shahril tidak setuju tindakan Howard Lee
Kedua-dua ahli politik itu beranggapan kurang sesuai Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menggunakan ayat al-Quran apatah lagi dengan persepsi DAP tidak mesra kepada Islam.
GLIC perlu diberi kebebasan melabur di luar negara - Shahril Hamdan
Shahril berkata GLIC perlu diberikan kebenaran untuk berbuat demikian semata-mata kerana bimbang terhadap kedudukan ringgit.
'PRN ini mungkin peluang terakhir Azmin' - Shahril
Sekiranya Azmin kalah kali ini, politik negara akan meninggalkannya atau tercicir berbanding beberapa pemimpin lain, kata Shahril.
"Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim..." - Shahril
Sebelum ini Akta Hasutan itu mahu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah hilang dari perundangan negara.
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
UMNO iktiraf apa berlaku pada Anwar sebagai penzaliman - Shahril Hamdan
Shahril merujuk kepada kenyataan Ahmad Zahid ketika berucap dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.
Masih bertaring, Khairy, Shahril lancar podcast 'Keluar Sekejap'
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan terus meluaskan karier baharunya dalam bidang penyampai radio dengan kemunculan siaran podcast yang akan membahaskan isu berkaitan politik negara.
Pasca PRU15: Jangan bangga digelar 'kingmaker', hadapi realiti ditolak rakyat - Shahril
Apa yang mustahak kini ialah bagaimana UMNO dan BN hendak bangkit daripada kekalahan teruk.
PRU15: Shahril Hamdan letak jawatan dalam UMNO, gesa Zahid Hamidi turut berundur
Calon BN di kerusi Parlimen Alor Gajah itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO.