awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shell bakal tambah pelaburan melebihi RM9 bilion di Malaysia - PM Anwar

Bernama
Bernama
17/06/2025
11:26 MYT
Shell bakal tambah pelaburan melebihi RM9 bilion di Malaysia - PM Anwar
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata hasrat itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell Wael Sawan semasa mengunjungi beliau hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Shell akan menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang di Malaysia sekali gus bakal mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Shell akan melabur lebih RM9 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
  • Anwar menyatakan pelaburan ini mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi dan kepimpinan negara.
  • Permintaan gas asli cecair (LNG) di Asia Tenggara dijangka terus meningkat hingga 2035, didorong oleh pertumbuhan pusat data dan kecerdasan buatan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata hasrat itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell Wael Sawan semasa mengunjungi beliau hari ini.
"Pelaburan ini adalah manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan yang jelas. Insya-Allah, Malaysia mampu terus melakar masa depan yang makmur dan berdaya saing," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman X beliau, hari ini.
Semasa pertemuan tersebut, beliau berkata Sawan juga menyuarakan keyakinan syarikat itu terhadap arah hala tuju negara.
Anwar berkata Shell bukan sekadar nama besar dalam dunia tenaga, tetapi telah menjadi rakan pelaburan utama negara dan sebahagian daripada perjalanan ekonomi Malaysia sejak sekian lama.
"Saya manfaatkan kesempatan ini untuk berkongsi pendekatan strategik Kerajaan MADANI dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil, mampan dan berdaya tahan bukan hanya untuk hari ini, tetapi demi generasi mendatang," kata beliau.
Terdahulu, Sawan dipetik sebagai berkata permintaan gas asli cecair (LNG) di Asia Tenggara terutamanya Malaysia, Brunei, Filipina dan Thailand dijangka meningkat dengan stabil bermula sekarang hingga 2035.
Beliau berkata lonjakan permintaan tenaga, didorong oleh pertumbuhan pusat data dan kecerdasan buatan, boleh dipenuhi dengan LNG sebagai sumber tenaga yang boleh dipercayai, terutamanya ketika berlakunya ketidaktentuan geopolitik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#shell
#pelaburan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Wael Sawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami