awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu

Dagang News
Dagang News
06/09/2022
00:00 MYT
Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu
Sarawak Shell dengan kerjasama Petronas Carigali mengambil keputusan pelaburan muktamad untuk membangunkan projek gas Rosmari-Marjoram. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Sarawak Shell Bhd iaitu subsidiari Shell Plc, dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd, telah mengambil keputusan pelaburan muktamad untuk membangunkan projek gas Rosmari-Marjoram.
Kawasan Rosmari-Marjoram terletak 220 kilometer (km) di luar pantai Bintulu di Sarawak dan akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar untuk platform luar pesisir.
Pengarah huluan Shell Zoe Yujnovich berkata, Rosmari-Marjoram akan membantu menyampaikan bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai, secara bertanggungjawab dan cekap.
"Ini menunjukkan strategi Powering Progress kami - menjana hayat, menjana nilai dan mengurangkan pelepasan dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk menjana kuasa Rosmari-Marjoram," kata Yujnovich.
Pengerusi Shell Malaysia dan naib presiden kanan huluan Malaysia Ivan Tan berkata, sokongan dan kerjasama daripada Petronas dan kerajaan Sarawak adalah penting untuk mencapai kejayaan itu dengan Rosmari-Marjoram.
"Shell mempunyai sejarah yang panjang dan membanggakan di Sarawak," kata Tan.
Pembangunan Rosmari-Marjoram merupakan salah satu projek strategik untuk memastikan bekalan gas yang berterusan ke Kompleks LNG Petronas.
Projek ini terdiri daripada platform luar pesisir yang dikendalikan dari jauh dan loji gas darat, dengan infrastruktur yang merangkumi salah satu saluran paip luar pesisir gas masam basah terpanjang di dunia yang menjangkau lebih daripada 200 kilometer.
Projek Rosmari-Marjoram direka untuk menghasilkan 800 juta kaki padu gas standard setiap hari. Pengeluaran gas dijangka bermula pada 2026. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#shell
#Petronas Carigali
#Bintulu
#Rosmari-Marjoram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan