awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SIBS 2021 secara hibrid bermula 18 November ini

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2021
04:31 MYT
SIBS 2021 secara hibrid bermula 18 November ini
SIBS 2021 akan dibuka kepada umum bermula 20 hingga 21 November ini.
KUALA LUMPUR : Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 akan diadakan secara hibrid buat julung kali tahun ini.
SIBS 2021 yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Invest Selangor Berhad secara hibrid ini mengintegrasikan program secara fizikal dengan potensi tanpa had dunia digital.
Pameran dan persidangan akan diadakan secara fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan secara maya melalui portal selangorbusinesshub.my.
Peserta boleh mengakses pelbagai pilihan kandungan atas permintaan, rangkaian secara digital menggunakan paparan interaktif yang disediakan dan sebagainya.
Untuk rekod, dua hari pertama SIBS 2021 (18 dan 19 November 2021) bakal dibuka kepada peserta dagangan sahaja.
SIBS 2021 akan dibuka kepada umum bermula 20 hingga 21 November ini.
Bagi mereka yang belum mendaftar, anda dinasihatkan untuk melakukan perkara demikian secepat mungkin memandangkan tempat terhad.
Pada masa sama, SIBS 2021 akan diadakan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketat seiring dengan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
Topic Berkaitan
#SIBS 2021
#hibrid
#COVID-19
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan