KUALA LUMPUR: Seramai 153 kakitangan bukan eksekutif SME Bank bakal menerima manfaat apabila bank tersebut secara rasmi telah memperbaharui Perjanjian Kolektif (CA) dengan Kesatuan Sekerja Komersial Kebangsaan (NUCW) yang mewakili Kesatuan Sekerja SME Bank bagi tempoh Julai 2019 hingga Jun 2022.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Dr Aria Putera Ismail berkata, penambahbaikan yang dimasukkan di dalam CA termasuklah kenaikan gaji pokok, semakan semula faedah perubatan dan kemasukan ke hospital, skim bantuan pemilikan motosikal serta faedah bersalin.
Katanya, rangka Kerja Ganjaran dan Faedah Bank yang baharu ini dilihat akan mengukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi yang diamalkan oleh SME Bank.
"Selain itu, inisiatif ini akan membantu kakitangan terlibat menangani cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi sekarang,” katanya dalam kenyataan semalam.
Perjanjian Kolektif SME Bank ini telah ditandatangani antara Aria Putera dan Ketua Perhubungan Perusahaan SME Bank, Muhammad Razif yang mewakili pengurusan SME Bank bersama Pengerusi AJK Dalaman NUCW SME Bank, Saipul Mat Ramli dan Yusli Abdul Rafat yang mewakili kakitangan SME Bank.
Mewakili NUCW pula ialah Presiden, Muhammad Safizan Seman dan Setiausaha Agung, Jil Afril Jamaluddin.
Majlis tersebut disaksikan Setiausaha Eksekutif NUCW, T.M. Rajeswaran dan Ketua Penyelesaian Prestasi & Keupayaan SME Bank, Muhammad Rashdan Kamaruddin.
Sementara itu, Saipul Mat Ramli berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan bank kerana telah berjaya mengekalkan hubungan harmoni antara kedua-dua pihak.
Malah, katanya, bank juga sentiasa memastikan kebajikan dan keperluan pekerja bukan eksekutif, dijaga dengan baik.
"Penambahbaikan CA ini akan menjadi pembakar semangat untuk kami terus memberi yang terbaik kepada SME Bank," jelasnya.
Untuk meningkatkan kemahiran kakitangan bukan eksekutif, SME Bank sejak tahun lalu turut menganjurkan ‘Program Upward Mobility’ membabitkan 50 kakitangan melalui kerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
Selain itu, seramai 15 kakitangan ‘Top Talents’ daripada kategori eksekutif dan ke atas telah ditaja untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Utara Malaysia.
SME Bank kini mempunyai 1,064 orang kakitangan dan beroperasi melalui 26 buah cawangan di seluruh negara. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Mar 17 2022

Pengerusi AJK Dalaman NUCW SME Bank, Saipul Mat Ramli berkata, penambahbaikan CA ini akan menjadi pembakar semangat untuk mereka terus memberi yang terbaik kepada SME Bank. - Foto DagangNews

Lebih 1,000 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS petang ini
Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi.

Rais saran wujudkan kawasan warisan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
DBKL disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.

MOT cadang bas perantara dari KL Sentral ke Parlimen elak kesesakan
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, hasrat itu telah dinyatakan kepada Speaker serta Prasarana untuk menggunakan bas Rapid KL sepanjang berlangsungnya sidang Parlimen.

Guna nama tokoh terkenal, rugi sehingga RM4.6 juta masuk aplikasi e-ganjaran
Ramai terpedaya selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.

AS-China | Pentagon dakwa belon pengintip China di ruang udara AS
Amerika Syarikat sedang memantau belon pengintip yang disyaki milik China yang berada di ruang udara di negeri Montana. Menurut Pentagon, pihaknya sedang menjejaki pergerakan belon tersebut yang disahkan masih berada di ruang udara di kawasan tersebut.

Belanjawan 2023 dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi - Bank Dunia
Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan semula pada 24 Feb ini dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi domestik dan juga global.

Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

AWANI Ringkas: Bankrap, Jabatan Insolvensi rangka cadangan pindaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Serah kepada KDN, MOF perinci penjualan mercun dan bunga api [TERKINI] Serah kepada KDN, MOF perinci penjualan mercun dan bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007816/33867763201675413347270_640x360.jpg)
[TERKINI] Serah kepada KDN, MOF perinci penjualan mercun dan bunga api
Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperincikan garis panduan berhubung lesen penjualan mercun dan bunga api. Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, pihaknya turut menyerahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api. Jelas beliau, secara dasarnya Kabinet telah bersetuju dengan lesen berkenaan semalam.

Zambry bersama menteri-menteri ASEAN bertemu Jokowi sebelum Mesyuarat ACC
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk usaha mengukuhkan ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

SME Bank tingkat faedah kakitangan bukan eksekutif
Penambahbaikan yang dimasukkan di dalam CA termasuk kenaikan gaji pokok, semakan semula faedah perubatan dan kemasukan ke hospital.