awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Melaka rekod RM39 juta kerugian akibat penipuan dalam talian setakat 1 Julai
HIBURAN
Kumpulan 4U2C ambil serius isu hak cipta lagu, bincang dengan MACP
MALAYSIA
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya Perkeso
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Solution Group peroleh hak pemasaran eksklusif vaksin cegah kanser serviks di Malaysia

Dagang News
Dagang News
02/07/2025
03:00 MYT
Solution Group peroleh hak pemasaran eksklusif vaksin cegah kanser serviks di Malaysia
Solution Biologics berharap ia menyokong usaha kesihatan awam di Malaysia kerana Cecolin menyediakan rumusan yang terbukti kos efektif dan diiktiraf di peringkat global untuk pencegahan penyakit HPV.
KUALA LUMPUR: Solution Group Bhd (SGB) melalui anak syarikatnya, Solution Biologics Sdn Bhd (Solbio) memperoleh hak pemasaran vaksin Cecolin bagi Human Papillomavirus (HPV) di Malaysia.
Ia susulan pemeteraian perjanjian pengedaran eksklusif dengan Xiamen Innovax Biotech Co Ltd (Innovax) yang berpangkalan di China untuk mendaftar, mengkomersialkan dan mengedarkan vaksin itu.
Di bawah perjanjian khas tersebut, Solbio memegang hak pengimportan, pemasaran serta promosi, yang menyasarkan HPV jenis 16 dan 18 iaitu punca utama kanser serviks wanita berumur 9 hingga 45 tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SGB, Datuk Mohd Nazlee Kamal, vaksin berkenaan dihasilkan dengan menggunakan teknologi ekspresi Escherichia coli dan mempunyai jangka hayat selama tempoh 36 bulan.
"Ia memenuhi piawaian prakelayakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan perkongsian Solbio dengan Innovax merupakan langkah besar ke hadapan dalam mengembangkan portfolio vaksin kami," katanya.
Selain itu, SGB berharap ia menyokong usaha kesihatan awam di Malaysia kerana Cecolin menyediakan rumusan yang terbukti kos efektif dan diiktiraf di peringkat global untuk pencegahan penyakit HPV.
Kumpulan tersebut tambah Mohd Nazlee, berbangga untuk menjadikan penawar berkenaan mudah diperoleh oleh komuniti di negara ini dengan memberi akses vaksin yang mampu milik kepada golongan sasaran.
Perjanjian itu katanya, susulan beberapa siri perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertujuan untuk mengukuhkan hasil penjagaan kesihatan melalui akses kepada vaksin berkualiti tinggi.
"Kami percaya perkongsian ini memacu kebolehcapaian vaksin secara lebih besar dan pencegahan kanser serviks di rantau Asia Tenggara," kata Pengurus Besar Innovax, Huirong Pan. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#vaksin
#Solution Group
#HPV
#kanser serviks
#vaksin Cecolin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami