Skip to main content

Malaysia

Kerajaan setuju kekal syarat minimum kemasukan lepasan UEC ke program pengajian perubatan di IPTS - Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA

Ringkasan AI

  • Kerajaan bersetuju mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan UEC ke program ijazah perubatan di IPTS.
  • Lepasan UEC yang memperoleh minimum B4 dalam lima mata pelajaran kekal layak memohon kemasukan terus ke program tersebut.
  • Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia akan menyelaras tindakan susulan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan standard pendidikan terpelihara.
Advertisement

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program pengajian perubatan di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Oleh itu, lepasan UEC yang memenuhi syarat minimum B4 dalam lima mata pelajaran yang telah ditetapkan, kekal layak untuk memohon kemasukan terus ke program ijazah perubatan di IPTS," katanya pada sidang media mingguan di sini. 

Advertisement

Menteri Komunikasi itu berkata bagi memastikan kelancaran proses berkenaan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia akan menyelaras tindakan susulan bersama dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau berkata tindakan itu termasuk menyelesaikan isu berbangkit selain memastikan standard dan kualiti pendidikan perubatan negara termasuk di IPTS terus terpelihara.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement