JOHOR BAHRU: Status zon kewangan khas (SFZ) Forest City mampu meletakkan Malaysia di peta dunia, khususnya dalam sektor kewangan dan perbankan antarabangsa.
Pensyarah Jabatan Perakaunan dan Kewangan Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mohd Effandi Yusoff berkata SFZ diyakini dapat berkembang dan mewujudkan satu ekosistem kewangan bersifat pelengkap serta mengimbangi negara jiran, Singapura dan bukan bersaing antara satu sama lain.
"Kita boleh menjadikan model pembangunan di Shenzhen dan Hong Kong sebagai rujukan. Kerjasama bersifat saling melengkapi itu akan mewujudkan dua enjin teras di rantau Asia Tenggara ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata pada masa sama, ia secara tidak langsung memberikan kesan positif kepada pembangunan ekonomi melalui limpahan manfaat yang diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada agensi kerajaan, pemain industri serta masyarakat.
Menurutnya, keputusan kerajaan Persekutuan menjadikan Forest City sebagai SFZ juga adalah langkah tepat dalam usaha memanfaatkan ekosistem yang telah wujud di kawasan berkenaan sekali gus menjadi katalis kepada pembangunan Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030.
"Walaupun usaha itu baru diumum dan mungkin mengambil masa antara lima dan 10 tahun untuk menjadi matang, namun ia mampu menjadi pemangkin kepada Johor untuk mencapai potensi ekonomi sebenar sekali gus muncul sebagai suatu kuasa ekonomi di Asia," katanya.
Beliau berkata infrastruktur asas di Forest City telah tersedia, justeru, langkah terbaik ialah memastikan projek itu dapat dijayakan bagi memberikan kesan menang-menang kepada semua pihak yang terlibat.
Mohd Effandi berkata langkah itu juga boleh menjadi pelengkap kepada inisiatif terdahulu, antaranya usaha mewujudkan koridor Iskandar Malaysia di selatan tanah air sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan menjadikannya koridor paling berjaya dalam negara.
Dalam pada itu, katanya demi menjayakan SFZ, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan pihak swasta bagi menarik kehadiran lebih ramai pelabur antarabangsa untuk membuat pelaburan di SFZ Forest City.
"Matlamat ini juga mampu dicapai dengan polisi-polisi relevan yang telah dilaksanakan kerajaan sebelum ini seperti pelaksanaan cukai lebih rendah, sistem pelepasan visa yang lebih fleksibel dan mesra pengguna.
"Langkah itu boleh dibuat melalui pengenalan insentif yang bersesuaian atau pelaksanaan cukai-cukai progresif yang memberikan lebih imbuhan kepada syarikat antarabangsa memasuki pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata kemasukan pelaburan asing bakal membawa impak positif kepada pertumbuhan jangka pendek dan jangka panjang kepada negara, antaranya perpindahan ilmu dan kemahiran kepada tenaga kerja tempatan.
Katanya pembangunan kawasan tersebut juga mematuhi kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang secara tidak langsung akan menarik pemain industri yang mempunyai misi dan visi selari dalam aspek penjagaan alam sekitar dari seluruh dunia untuk datang ke Forest City.
Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan zon kewangan khas di Forest City serta beberapa insentif untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Johor dan kawasan sekitarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Mohd Effandi berkata infrastruktur asas di Forest City telah tersedia, justeru, langkah terbaik ialah memastikan projek itu dapat dijayakan bagi memberikan kesan menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. - Foto fail/REUTERS

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City bermula 15 Nov
Pelaksanaan fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City akan bermula pada 15 Nov ini manakala fasa kedua pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pelaksanaan JS-SEZ dan SFZ rancakkan industri pelancongan Johor - Onn Hafiz
Pemain industri perlu bersedia dan mempertingkatkan perkhidmatan sekali gus sebagai persediaan bagi menyambut Tahun Melawat Johor 2026.

Forest City, Johor magnet baharu ekonomi serantau - PM
Forest City juga akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar bagi pejabat keluarga.

GG56 Korea labur AS$1 bilion di Forest City bangunkan Bandar Budaya Korea pertama di Malaysia
GG56 Korea Ltd, firma pelaburan Korea akan melabur AS$1 bilion (AS$1=RM4.37) di Forest City untuk membangunkan Bandar Budaya Korea yang pertama di Malaysia.

Pertumbuhan KDNK dijangka lebih tinggi daripada unjuran BNM
Pertumbuhan KDNK dijangka mencapai tahap tertinggi daripada yang disasarkan antara empat hingga lima peratus oleh Bank Negara Malaysia pada 2024, menurut Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB.

Bicara kes Chegu Bard hasut projek kasino Forest City bermula 18 November
Hakim membenarkan perbicaraan kes selama empat hari selepas pihak pendakwaan dan peguam Chegu Bard mencapai persetujuan tarikh tersebut.

Che’gu Bard fail rayuan perintah larangan bersuara
Chegu Bard, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Khamis lalu, berhubung perintah larangan bersuara yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini dan Johor Bahru.

Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.

Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.

Insentif cukai SFZ Forest City dimuktamad hujung bulan ini - MB Johor
Kerajaan akan memuktamadkan cadangan insentif cukai bagi menarik pelaburan dalam sektor kewangan di Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City hujung bulan ini.