awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei - MPOB

Bernama
Bernama
10/06/2024
13:21 MYT
Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei - MPOB
Eksport oleokimia melonjak 9.95 peratus kepada 256,348 tan metrik pada Mei daripada 233,153 tan metrik sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB menerusi laporan prestasi industri bagi Mei 2024, berkata stok minyak sawit mentah (MSM) negara naik 1.59 peratus kepada 979,352 tan metrik pada Mei daripada 964,049 tan metrik yang direkodkan pada April.
"Stok minyak sawit yang diproses merosot 0.85 peratus kepada 774,192 tan metrik pada Mei daripada 780,811 tan metrik sebelum ini," katanya.
Sementara itu, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) menokok 13.48 peratus kepada 1.70 juta tan metrik pada Mei daripada 1.50 juta tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran isirung sawit melonjak 11.13 peratus kepada 408,318 tan metrik daripada 367,420 tan metrik pada April.
MPOB berkata eksport minyak sawit meningkat 11.66 peratus kepada 1.38 juta tan metrik pada Mei berbanding 1.23 juta tan metrik pada April, manakala eksport biodiesel susut 40.85 peratus kepada 20,880 tan metrik pada Mei berbanding 35,298 tan metrik pada April.
Eksport oleokimia melonjak 9.95 peratus kepada 256,348 tan metrik pada Mei daripada 233,153 tan metrik sebelum ini.
"Eksport minyak isirung sawit naik 2.24 peratus kepada 87,827 tan metrik pada bulan lepas daripada 85,901 tan metrik pada April, manakala eksport dedak isirung sawit berkurangan 29.53 peratus kepada 147,006 tan metrik pada Mei daripada 208,602 tan metrik bulan sebelumnya," katanya.
Mengenai import, MPOB berkata minyak sawit dan minyak sawit diproses kedua-duanya turun 40.28 peratus kepada 20,761 tan metrik pada Mei daripada 34,762 tan metrik pada bulan sebelumnya.
Jumlah import minyak isirung sawit meningkat 24.02 peratus kepada 15,842 tan metrik pada Mei daripada 12,774 tan metrik pada April. Tiada import MSM direkodkan pada bulan Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPOB
#minyak sawit
#laporan prestasi
#eksport biodiesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan