awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember

Bernama
Bernama
10/01/2024
21:15 MYT
Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember
MPOB berkata eksport minyak sawit merosot 5.12 peratus atau 72,021 tan kepada 1.33 juta tan pada Disember daripada 1.41 juta tan pada November dan eksport oleokimia susut 5.38 peratus kepada 245,048 tan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia menyusut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember daripada 2.40 juta tan pada November, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB menerusi laporan prestasi industri terkininya bagi Disember 2023 berkata inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.
Sementara itu, stok minyak sawit yang diproses meningkat sebanyak 1.23 peratus kepada 1.09 juta tan pada Disember daripada 1.08 juta tan sebelum ini.
Pengeluaran MSM susut 13.31 peratus kepada 1.55 juta tan pada Disember daripada 1.79 juta tan pada bulan sebelumnya, dan pengeluaran isirung sawit turun 14.00 peratus kepada 371,202 tan daripada 431,641 tan sebelumnya.
MPOB berkata eksport minyak sawit merosot 5.12 peratus atau 72,021 tan kepada 1.33 juta tan pada Disember daripada 1.41 juta tan pada November dan eksport oleokimia susut 5.38 peratus kepada 245,048 tan.
Eksport biodiesel berkurangan 0.76 peratus kepada 17,834 tan pada Disember daripada 17,971 tan pada bulan sebelumnya.
Manakala eksport dedak isirung sawit turun 33.77 peratus kepada 178,436 tan bulan lepas, manakala eksport minyak isirung sawit jatuh 11.53 peratus kepada 88,261 tan daripada 99,768 tan pada November.
Import MSM berjumlah 11,103 tan pada Disember, manakala jumlah import minyak sawit turun 7.87 peratus kepada 36,573 tan berbanding 39,696 tan pada bulan sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPOB
#minyak sawit
#eksport oleokimia
#MSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan