awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntikan fiskal meningkat kepada RM35 bilion - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
06/04/2020
20:22 MYT
Suntikan fiskal meningkat kepada RM35 bilion - Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL: Pakej keseluruhan kini berjumlah RM260 bilion yang akan meningkatkan defisit belanjawan sebanyak 0.7 peratus kepada 4.7 peratus. - Gambar fail
Suntikan fiskal langsung kerajaan bagi merangsang ekonomi negara kini meningkat kepada RM35 bilion susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) bernilai RM10 bilion oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Isnin.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata suntikan tersebut akan dibiayai menerusi dana kerajaan serta pinjaman domestik.
"Defisit belanjawan negara sebelum ini diunjurkan lebih kurang 4.0 peratus berikutan (pelaksanaan) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
"Selepas tambahan RM10 bilion untuk Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan), (ini bermakna) pakej keseluruhan kini berjumlah RM260 bilion yang akan meningkatkan defisit belanjawan sebanyak 0.7 peratus kepada 4.7 peratus," katanya dalam temu bual eksklusif di stesen TV3.
Secara keseluruhannya Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN kini berjumlah 18 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dalam pada itu, lebih dua juta pendaftaran baharu telah diterima bagi permohohan Bantuan PRIHATIN Nasional sejak dibuka pada 1 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bantuan Prihatin Nasional
#dana kerajaan
#defisit belanjawan
#Menteri Kewangan
#pakej rangsangan ekonomi
#pinjaman domestik
#PRIHATIN
#PRIHATIN TAMBAHAN
#suntikan fiskal
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan