KUALA LUMPUR: Tahun 2022 sememangnya tempoh yang cukup mencabar ketika dunia berdepan pelbagai krisis termasuk bekalan makanan, inflasi dan kos sara hidup tinggi.
Namun, di sebalik kesempitan itu, ada kebanyakan syarikat besar di serata dunia yang kekal bertahan malah mampu melangkah masuk ke 2023 dengan ganjaran yang lumayan.
Antaranya ialah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Korea Selatan, Hyundai Oilbank, yang baru-baru ini, mengumumkan bonus 120 bulan gaji kepada pekerjanya.
Menurut laporan The Korea Herald, Hyundai Oilbank menyaksikan keuntungannya meningkat sebanyak 226 peratus pada suku ketiga 2022 sahaja.
Daripada jumlah itu, syarikat petroleum dan penapisan Korea Selatan itu menjana keuntungan S$2.9 bilion (2.8 trilion won) sekali gus mendorong pekerjanya diberi 1,000 peratus daripada gaji tahunan mereka.
Bagaimanapun, Hyundai Oilbank tidak mendedahkan jumlah khusus bonus yang diberikan, namun pekerjanya sebelum ini juga dilaporkan pernah menerima bonus pada kadar 600% pada 2021.
Menurut sumber, hasil pendapatan itu didorong oleh pencerobohan berpanjangan Rusia ke atas Ukraine dan permintaan yang lebih besar untuk pemanasan pada musim sejuk – sebagai faktor untuk rangsangan itu.
Dalam perkembangan sama ,syarikat minyak & gas utama lain dijangka mengumumkan kadar bonus yang sama iaitu melibatkan syarikat SK Energy, S-Oil, dan GS Caltex yang akan mengumumkan bonus tidak lama lagi.
Sebelum ini, syarikat kapal kontena Taiwan, Evergreen Marine Corp dan Yang Ming Marine Transport Corp mengumumkan bonus akhir tahun lumayan untuk para pekerja selepas mencatatkan keuntungan syarikat yang kukuh sehingga 52 bulan gaji kepada pekerjanya.
Menurut laporan Liberty Times, jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding bonus 40 bulan gaji yang diberikan pada tahun lepas.
Rata-rata pekerja diberi ganjaran bonus akhir tahun antara 10 hingga 45 bulan gaji, manakala mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang luar biasa pula akan menerima bonus bersamaan 52 bulan gaji.
Astro Awani
Wed Jan 04 2023
Menurut laporan The Korea Herald, Hyundai Oilbank menyaksikan keuntungannya meningkat sebanyak 226 peratus pada suku ketiga 2022 sahaja. - Gambar fail
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Hyundai bangun EV boleh bergerak ke sisi
Sebuah Hyundai Ionic telah diubah suai dengan sistem roda yang membolehkan ia bergerak ke sisi seperti ketam.
7 pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 326,723 kenderaan
Tujuh pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan secara sukarela menarik balik 326,723 kenderaan ekoran kecacatan pembuatan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Rabu.
Syarikat Hyundai Oilbank beri bonus 120 bulan kepada pekerja
Tahun 2022 sememangnya tempoh yang cukup mencabar ketika dunia berdepan pelbagai krisis termasuk bekalan makanan, inflasi dan kos sara hidup tinggi.
Pekerja kilang maut rempuh Hyundai Matrix
Kejadian berlaku apabila pemandu Hyundai Matrix baru sahaja selesai mengambil anak-anaknya di SRA Assam Jawa.
Satu lagi penaja Chelsea gantung tajaan
Hyundai telah menjadi rakan kongsi automotif global rasmi Chelsea sejak 2018.
Samun: Geng Farid Kancil Silver tumpas
Empat suspek mengaku melakukan kegiatan ragut dan samun manakala seorang lagi hanya mendakwa bahawa rumahnya dijadikan 'port' menghisap dadah.
Malaysia jadi tuan rumah perlawanan Liga AFC
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diberikan hak penganjuran untuk perlawanan Kumpulan G dan H, yang dijadualkan pada 17 Oktober hingga 1 November ini.
Enam kereta tenggelam dalam banjir kilat di Taman Negara
Mazlan berkata, sebuah lagi kereta yang terlibat adalah milik pekerja pusat peranginan berkenaan.
Penjarakan sosial? Korea Selatan anjur konsert pandu masuk
Konsert pandu masuk dilakukan untuk pementasan musikal "42nd Street" di Go-Yang.
ACGSB perkenal revolusi silinder komposit LPG pada 2019
Revolusi baharu silinder gas petroleum cecair (LPG) akan diperkenal ke dalam pasaran negara bermula awal tahun depan.