awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut rempuh Hyundai Matrix

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2022
03:07 MYT
Pekerja kilang maut rempuh Hyundai Matrix
Motosikal ditunggang mangsa remuk selepas merempuh MPV Hyundai Matrix di Kilometers 40 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan SRA Assam Jawa, Isnin. -Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang pekerja kilang maut selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Matrix di Kilometers 40 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Sekolah Rendah Agama (SRA) Assam Jawa, di sini, pada Isnin.
Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu menyebabkan lelaki berusia 46 tahun yang beralamat di Kampung Bukit Belimbing di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Tanjong Karang.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku apabila pemandu Hyundai Matrix baru sahaja selesai mengambil anak-anaknya di SRA Assam Jawa.
"Pemandu wanita berusia 38 tahun itu kemudian melakukan pusingan U dan tiba-tiba mangsa yang datang dari arah Kuala Selangor merempuh bahagian pintu hadapan kenderaan berkenaan.
"Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ramli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 8.40 malam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hyundai
#pekerja kilang maut
#MPV Hyundai Matrix
#jalan klang-teluk intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan